Ekonomi Asas (BAB 1 - FORM 4)



1. Pengertian ekonomi

Embedded image permalink

2. Masalah ekonomi & jenis barang

Embedded image permalink

3. Masalah ASAS ekonomi ( ABBU )

Embedded image permalink

4. Ciri-ciri sistem ekonomi

Embedded image permalink

atau

Embedded image permalink

#TIPS HAFAL CIRI CIRINYA

PUTERI SUKA - PEMILIKAN SUMBER

PUTERA KATAK - PEMBUAT KEPUTUSAN

PILIH - PILIHAN

PASTI  HATI -  PENENTU HARGA

PENUH - PERSAINGAN

MAKNA - MOTIF


5.  Cara sistem ekonomi menyelesaikan masalah ASAS ekonomi

Embedded image permalink

atau


Embedded image permalink

AMARAN! : JGN KELIRU ANTARA MASALAH EKONOMI DAN MASALAH ASAS EKONOMI.

MASALAH EKONOMI : KEKURANGAN / PILIHAN / KOS LEPAS

MASALAH ASAS EKONOMI : ABBU 
  • A - APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
  • B - BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
  • B - BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
  • U - UNTUK SIAPA DIKELUARKAN

MOTIVASI 1



Hi SPM Victims,

harini sis nak kongsi sikit tentang perihal nak masuk tahun baru ni. Tadi masa sis scroll timeline twitter, sis ada ternampak someone ni tweet (umum! tak tujukan dkt sesiapa. Ples be profesional) "Hopely tahun 2014 tiada kesedihan''. Hmm sis rasa apa adik minta tu salah. Sedih duka gembira semua tu perencah hidup. Tak akan hadirnya manis tanpa melalui pahitnya dulu. Patutnya awak minta supaya diberi kekuatan untuk menghadapi sebarang dugaan. Semua org akan diberi dugaan. Tak betul ke apa sis cakap ni? Cuma bergantung kpd individu masing masing nak atasinya. Awk jgn rasa awk lahh yg diduga paling teruk di dunia ni. Walhal ada lagi yg lebih menderita. Sedang awk merungut tak dpt mkn makanan yg sedap atau mewah, ada manusia yg lain tgh menahan lapar sbb takda makanan. Adik adik boleh fikirkan? Muhasabah diri dik. Jgn biar nafsu menguasai kita. Kalau awk rasa dugaan yg diberi agak berat, mohon pada Allah agar dipermudahkan. Allah suka bila kita merayu dan menangis meminta pada Nya. Dengan Allah, kita tak perlu malu (baik baik je ye). Ok ? 

Nota Prinsip Perakaunan

Hi spm victims,

sis ada jumpa satu blog ni dia bagi nota dan latihan juga.
Apa kata adik adik cuba? Nahh, dekat sini http://perakaunansaujana.blogspot.com/p/tingkatan-4-nota-dan-latihan_28.html . Selamat mencuba!

Sebelum sis undur diri, sis nak kongsi something dgn awk semua,

SOALAN DOKUMEN.
Soalan Pelajar:
“Cikgu saya tidak pandai nak buat soalan ini (DOKUMEN), susah sangatlah cikgu”. Itulah rungutan kebanyakkan pelajar cikgu yang kurang mahir dalam soalan dokumen.
Jawapan Cikgu:
Bagi cikgu , prinsip perakaunan adalah berkaitan KEMAHIRAN. Oleh itu para pelajar mesti banyak membuat latih tubi bagi meningkatkan kemahiran. Terdapat banyak soalan dalam laman-laman blog dan juga buku rujukan yang sesuai di pasaran. Dapatkan nasihat dari guru untuk mendapatkan buku rujukan yang terbaik.
Ada 2 ciri pelajar :
  1. Pelajar yang memahami dengan cepat pengajaran guru dan pelajar ini dapat berdikari apabila menjawab soalan dokumen.
  2. Pelajar yang lambat memahami pengajaran guru dan pelajar ini akan ketinggalan berbanding pelajar yang lebih cepat memahami. Oleh itu disarankan pelajar ini mengadakan satu kumpulan belajar (pelajar bijak sebagai mentor anda) untuk membuat perbincangan soalan / jawapan. Kumpulan ini boleh diguna juga untuk subjek lain.
Cikgu ada ringkaskan tenik menjawab soalan dokumen untuk digunakan para pelajar semasa membuat ulang kaji. Klik di sini.
Cikgu harap ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar.
Soalan Pelajar:
“Cikgu, saya tak fahamlah catatan Kontra. Pening kepala saya”. Ramai pelajar tidak memahami bagaimana hendak merekod catatan kontra.
Jawapan Cikgu :
Dalam soalan dokumen ada 2 dokumen yang melibatkan catatan Kontra.
  1. Slip Bank (Wang Tunai Masuk)
  2. Keratan cek
Untuk memudahkan pelajar kenalpasti iainya catatan kontra, kedua-dua dokumen ini mencatatkan tujuan iaitu UNTUK KEGUNAAN PEJABAT/PERNIAGAAN.
Untuk lebih memahami kegunaan dokumen ini :
  1. Slip bank (Borang Wang Tunai Masuk)
- merupakan wang masuk iaitu TUNAI ke dalam BANK. (T ke B)
  1. Keratan Cek
-merupakan wang keluar iaitu BANK ke dalam TUNAI (B Ke T)
Merekod ke dalam BUKU TUNAI.
*SENTIASA MULA SEBELAH DEBIT BUKU TUNAI
1. Slip Bank (T ke B)
T
Butiran
DD
Tunai
Bank
T
Butiran
DT
Tunai
Bank
Tunai(k)
X
Bank (k)
X
2.Keratan Cek (B ke T)
T
Butiran
DD
Tunai
Bank
T
Butiran
DT
Tunai
Bank
Bank (k)
X
Tunai (k)
X
Semoga penerangan ini dapat membantu pelajar. Cuba buat latih-tubi dalam soalan dokumen

Nota Matematik Tambahan Form 4 & 5


Hi spm victims,

ramai yg mintak sis nota matematik tambahan. Setakat yg sis jumpa banyak yg kena download. Alamak sis rasa leceh betul nak kena download ni. Btw addmaths ni awk semua kena rajin bt latihan terutama soalan trial negeri lain yg past year dulu. Inshaa Allah kalau awk dah terbiasa dgn soalan mencabar dan susah sikit, soalan spm kacang je bg awk. Selalunya soalan trial akan lebih susah drpd spm sebenar. Lain pula cerita bila soalan trial sekolah sendiri yg bt dan tak selaras satu negeri. Bila sekolah bt dia jadi lain sikit, soalan kurang mencabar. Bila tgk soalan sebenar terus ternganga. Well, dah terbiasa hidup senang. Tup tup dapat yg susah baru berakai. Hahaha. So sis taknak awk semua lalui semua tu. Sis nak awk semua biasakan diri tauu. Rajin2 bt latihan. Kalau rasa tak confident nak bt sorang. Alahai, ajak je geng takpun angkut ckgu sekali. Kekadang ckg sendiri kantoi tak boleh bt. So sesama bole belajar. Sekarang ni taip je dkt encik google semua akan keluar. Kita je yg malas nak manfaatkan. Kalau tak dpt jwpn, skema pun dah disediakan. Kalau tak fhm skema, pergi tanya cikgu. Org nak kata kita ni bajet rajin ke apa ke, eh lantak kita lahh. Pedulikan manusia cenggitu. Sis taknak bila awk tgk kekwn lain relax, awk pun nak relax. Awk, kemampuan masing masing tak sama. Kalau kita ni jenis lambat pick up sikit, jadi kita kena usaha lebih lagi. Awk dah tahu awk lambat pick up, jgn pula terikut dgn kekwn yg lebih cepat pick up tu bila diorg lalai. Bila awk sibuk main tetiba exam dah dekat. Kekwn awk takda masalah pun. Diorang ambil masa seminggu je nak habiskan semua chapter ( contoh je ) Tapi awk? Awk boleh ke? Awk sama ke kemampuan dgn diorang? Haa tak kann? Sis taknak benda ni jadi. Biar kita berjaya sama sama. Kalau kawan awk jenis rajin ajak belajar sesama sis tak hairan lahh. Eh dah merepek panjang pula. Tunggu! Merepek ke tu? Boleh dikira sbg nasihatlahh. Hahh ni nota addmaths yg paling ok, https://app.box.com/s/c7k9kk1ry88sztchxst2 . Nanti kalau sis jumpa yg lebih menarik, i'll let you know.

Bahasa Melayu - Peribahasa ( Buku teks )


Hi spm victims,

kalau awak semua nak tahu, mostly soalan spm selalu tanya peribahasa berdasarkan buku teks.
Tapi sis tak kata semua. Ikut kepala pembuat soalan juga kan? Hehehe. Tp paling penting, awak kena lahh kuasai peribahasa yg ada dlm buku teks. Haa apa lagi jom buka buku teks. Ehh nanti dulu, apa guna kemudahan yg ada. Apa org selalu kata, 'maklumat semua di hujung jari'. Jom kita kuasai dkt sini, http://bmspm.net/snperibahasa.htm . Hmm jgn pula abaikan peribahasa yg lain. Kena juga ambil tahu peribahasa yg lain ok. Jadi bila keluar soalan mcm mana pun, alaa small matter je bagi adik adik. So goodluck!