Nota Matematik Tambahan Form 4 & 5
Hi spm victims,
ramai yg mintak sis nota matematik tambahan. Setakat yg sis jumpa banyak yg kena download. Alamak sis rasa leceh betul nak kena download ni. Btw addmaths ni awk semua kena rajin bt latihan terutama soalan trial negeri lain yg past year dulu. Inshaa Allah kalau awk dah terbiasa dgn soalan mencabar dan susah sikit, soalan spm kacang je bg awk. Selalunya soalan trial akan lebih susah drpd spm sebenar. Lain pula cerita bila soalan trial sekolah sendiri yg bt dan tak selaras satu negeri. Bila sekolah bt dia jadi lain sikit, soalan kurang mencabar. Bila tgk soalan sebenar terus ternganga. Well, dah terbiasa hidup senang. Tup tup dapat yg susah baru berakai. Hahaha. So sis taknak awk semua lalui semua tu. Sis nak awk semua biasakan diri tauu. Rajin2 bt latihan. Kalau rasa tak confident nak bt sorang. Alahai, ajak je geng takpun angkut ckgu sekali. Kekadang ckg sendiri kantoi tak boleh bt. So sesama bole belajar. Sekarang ni taip je dkt encik google semua akan keluar. Kita je yg malas nak manfaatkan. Kalau tak dpt jwpn, skema pun dah disediakan. Kalau tak fhm skema, pergi tanya cikgu. Org nak kata kita ni bajet rajin ke apa ke, eh lantak kita lahh. Pedulikan manusia cenggitu. Sis taknak bila awk tgk kekwn lain relax, awk pun nak relax. Awk, kemampuan masing masing tak sama. Kalau kita ni jenis lambat pick up sikit, jadi kita kena usaha lebih lagi. Awk dah tahu awk lambat pick up, jgn pula terikut dgn kekwn yg lebih cepat pick up tu bila diorg lalai. Bila awk sibuk main tetiba exam dah dekat. Kekwn awk takda masalah pun. Diorang ambil masa seminggu je nak habiskan semua chapter ( contoh je ) Tapi awk? Awk boleh ke? Awk sama ke kemampuan dgn diorang? Haa tak kann? Sis taknak benda ni jadi. Biar kita berjaya sama sama. Kalau kawan awk jenis rajin ajak belajar sesama sis tak hairan lahh. Eh dah merepek panjang pula. Tunggu! Merepek ke tu? Boleh dikira sbg nasihatlahh. Hahh ni nota addmaths yg paling ok, https://app.box.com/s/c7k9kk1ry88sztchxst2 . Nanti kalau sis jumpa yg lebih menarik, i'll let you know.