Nota Prinsip Perakaunan

Hi spm victims,

sis ada jumpa satu blog ni dia bagi nota dan latihan juga.
Apa kata adik adik cuba? Nahh, dekat sini http://perakaunansaujana.blogspot.com/p/tingkatan-4-nota-dan-latihan_28.html . Selamat mencuba!

Sebelum sis undur diri, sis nak kongsi something dgn awk semua,

SOALAN DOKUMEN.
Soalan Pelajar:
“Cikgu saya tidak pandai nak buat soalan ini (DOKUMEN), susah sangatlah cikgu”. Itulah rungutan kebanyakkan pelajar cikgu yang kurang mahir dalam soalan dokumen.
Jawapan Cikgu:
Bagi cikgu , prinsip perakaunan adalah berkaitan KEMAHIRAN. Oleh itu para pelajar mesti banyak membuat latih tubi bagi meningkatkan kemahiran. Terdapat banyak soalan dalam laman-laman blog dan juga buku rujukan yang sesuai di pasaran. Dapatkan nasihat dari guru untuk mendapatkan buku rujukan yang terbaik.
Ada 2 ciri pelajar :
  1. Pelajar yang memahami dengan cepat pengajaran guru dan pelajar ini dapat berdikari apabila menjawab soalan dokumen.
  2. Pelajar yang lambat memahami pengajaran guru dan pelajar ini akan ketinggalan berbanding pelajar yang lebih cepat memahami. Oleh itu disarankan pelajar ini mengadakan satu kumpulan belajar (pelajar bijak sebagai mentor anda) untuk membuat perbincangan soalan / jawapan. Kumpulan ini boleh diguna juga untuk subjek lain.
Cikgu ada ringkaskan tenik menjawab soalan dokumen untuk digunakan para pelajar semasa membuat ulang kaji. Klik di sini.
Cikgu harap ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar.
Soalan Pelajar:
“Cikgu, saya tak fahamlah catatan Kontra. Pening kepala saya”. Ramai pelajar tidak memahami bagaimana hendak merekod catatan kontra.
Jawapan Cikgu :
Dalam soalan dokumen ada 2 dokumen yang melibatkan catatan Kontra.
  1. Slip Bank (Wang Tunai Masuk)
  2. Keratan cek
Untuk memudahkan pelajar kenalpasti iainya catatan kontra, kedua-dua dokumen ini mencatatkan tujuan iaitu UNTUK KEGUNAAN PEJABAT/PERNIAGAAN.
Untuk lebih memahami kegunaan dokumen ini :
  1. Slip bank (Borang Wang Tunai Masuk)
- merupakan wang masuk iaitu TUNAI ke dalam BANK. (T ke B)
  1. Keratan Cek
-merupakan wang keluar iaitu BANK ke dalam TUNAI (B Ke T)
Merekod ke dalam BUKU TUNAI.
*SENTIASA MULA SEBELAH DEBIT BUKU TUNAI
1. Slip Bank (T ke B)
T
Butiran
DD
Tunai
Bank
T
Butiran
DT
Tunai
Bank
Tunai(k)
X
Bank (k)
X
2.Keratan Cek (B ke T)
T
Butiran
DD
Tunai
Bank
T
Butiran
DT
Tunai
Bank
Bank (k)
X
Tunai (k)
X
Semoga penerangan ini dapat membantu pelajar. Cuba buat latih-tubi dalam soalan dokumen