Lorek SET - Matematik Form 4



Hi spm victims,

haa sis nak ajar cara simple nak lorek set masa exam. Soalan ni femes ok dalam spm.
Cara yg selalu sis guna ni kita tak perlu ragu ragu betul ke tak. Asalkan step betul, inshaa Allah jawapan pun akan betul, hihihi. Cara ni kalau diajar secara direct sis yakin awk semua mesti terer pasal soalan ni nanti.
Tapi bila nak tunjuk mcm ni, sis tak berapa yakin awk akan faham atau tidak. Takpaa, jgn risau. Sis akan cuba bg keterangan supaya awk semua faham. Sis cuba dulu yg pertama ni, kalau ada yg masih tak faham sis akan bt soalan yg lain pula. Ok everyone? Deal? hehe


Soalan ni sis ambil berdasarkan buku soalan sebenar spm.
Sesiapa yg ada buku soalan sebenar spm boleh lahh rujuk. Mungkin lagi mudah :)
Sis ambil soalan tahun 2006, kertas 2 no.1 .
Haa jumpa tak? Ok jom mula.

Step 1 :

Embedded image permalink

Sis tulis balik soalan yg diminta tu dekat sebelah kanan tu.
Ok sis nak ingatkan kalau simbol ∩ ( masam ) maksudnya silang.
Kalau simbol ∪ ( senyum ) maksudnya semua.
Faham tak?

Step 2 :

Embedded image permalink

Kemudian, letak nombor mcm yg sis bt dlm setiap bahagian.

Step 3 :

Embedded image permalink

Ok step ni awak abaikan dulu simbol senyum ke masam ke. Fokus kpd huruf yg dia nak.
Keluarkan setiap huruf yg ada ( asingkan ye )
Dah keluarkan huruf yg dia nak, awak senaraikan nombor yg ada dlm bulatan huruf tu.
Contoh kalau awk keluarkan huruf P, nombor yg ada dlm bulatan P ialan 2 sahaja.
Yg mana taktau pasal kome yg ada dkt huruf mcm P' tu, ia bermaksud luar daripada bulatan P.
Sis bg contoh lain ok? Contoh mcm R', nombor yg terlibat ialah 1,2,3. Ok faham tak?

Step 4 :

Embedded image permalink

Sekarang ni baru awk tgk simbol dia. Simbol dia masam kan? Masam bermaksud silang. Kalau silang, cari nombor yg sama yg awk dah senaraikan berdasarkan huruf2 tadi. Dah siap cari yang sama? Ok! Awk dah boleh lorekkan dkt rajah nombor yg sama tu.

Kalau soalan bertukar P' ∪ Q , simbol dia senyum kan? Step masih sama tp simbol je berbeza.
Jadi, P' = 1, 3, 4, 5
        Q= 1, 2 , 3. 4

Ingat balik. Senyum! Semua! So, P' ∪ Q = 1, 2 , 3, 4, 5 . Awk kena lorekkan satu rajah lahh maksudnya.
Tp mana ada soalan mudah cenggini. Tak pernah lg ada jwpn yg kena lorek satu rajah, hehe.Sis bt contoh je tau!

Haih susahnya nak terang dlm blog ni. Kalau boleh nak je awk semua dtg rmh sis, sis boleh ajar direct terus.
Pheww. Setakat ni apa yg tak faham? Let me know yaa ;)
Nanti sis tunjuk soalan yg lebih tinggi daripada ni. Sis tunjuk yg basic dulu sbb nak tahu awk tak faham dkt mana. Jadi jgn lupa bgtau dekat sis dkt mana awk tak faham tu. Nanti sis boleh perbaiki :)
Kalau boleh yg mana terer tu, boleh ingatkan sis balik tak nama simbol tu? Sis pun dah lupa. Well , dah lama tinggal sekolah, hehe. Honestly masa belajar dulu sis tak ambil tahu pun nama dia. Sis cuma ambil tahu apa yg sis terang dkt korang ni je. Rare tak? Kihkih. Mampos kalau cikgu maths sis tahu ni! Ok! Stop merapu, sila tweet sis if ada masalah ya <3